Ramadhan datang lagi.. pasti ramai yang menunggu kedatangan bulan ini. Semestinya bulan syawal turut dinanti-nantikan. To me, I can't wait for syawal. I love syawal but bulan ramadhan ni pun banyak kelebihannya tau.Sabda Nabi (s.a.w): Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Sedar x sedar dah nak abis dah ramadhan.. cepatnya masa berlalu. Semoga kita dapat menghargai bulan ramadhan ini dan menggunakannya sebaik mungkin. To all muslim and muslimah, selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

No comments:
Post a Comment